Thursday, September 1, 2011

MAHATHIR PENYANGAK

MAHATHIR PENYANGAK 
Malaysia telah membazirkan sekitar RM100 billion (= RM100,000 million) hasil aktiviti penggelapan wang rakyat selama 22 tahun di bawah pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad

Pada tahun  lepas Petronas telah mengaut keuntungan sebanyak RM86.8 billion dan setakat ini telah memperoleh pendapatan sebanyak RM600 billion.  Dalam suasana meningkatnya harga minyak mentah dunia...... ke manatah perginya keuntungan syarikat Petronas yang begitu banyak itu?

Bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S. Samy Vellu telah menyatakan dalam persidangan parlimen sepanjang tahun lepas, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengurusan lebuh raya di negara ini......

Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan bahawa bank pusat (BNM) telah mengalami kerugian sebanyak RM30 billion dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1990an.  Siapatah yang telah menjadi dalang di sebalik tabir?

Syarikat Proton Holdings telah membeli 57.75% saham dalam syarikat kenderaan MV Agusta dengan harga €70 million paund-sterling.  Kemudian menjualnya dengan harga €1 (RM4.50) hanya setahun kemudian sehingga mengakibatkan Proton mengalami kerugian sebanyak €75.99
million pound-sterling (RM 348 million)?

Kutipan daripada Alan Newman, globalwatch2

PKR CABANG SELANGAU BUKA PEJABAT

PKR Cabang Selangau Buka Pejabat


Setelah sekian lama akhirnya, kami telah berjaya membuka pejabat Cabang Selangnau pada jam 2pm hari Ahad 21/08/2011 yang beralamat seperti berikut:



Tingkat 1, No. 15
Jl. Tatau Main Bazaar
97200 TATAU, Bintulu 

Kebanyakan JK Cabang turut hadir untuk menyaksikan majlis termasuk Ketua2 Ranting, Ahli Cabang serta para penyokong.   Ketua Cabang, En. Steven Epay Ganing telah menyambut upacara penyerahan bendera parti keadilan daripada En. Joshua Jabeng, Pengarah Latihan dan ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak.

Adalah diharap dengan adanya pejabat ini ia akan menjadi pemangkin untuk lebih lagi menggiatkan aktiviti parti dalam persiapan-persiapan untuk menghadapi PRU ke-13.  Peranan PKR dalam kerajaan Pakatan Rakyat sudah pasti akan dapat membawa perubahan kepada nasib masyarakat luar bandar yang semakin terhimpit.

Pejabat ini akan menjadi pusat pentadbiran dan seterusnya akan pusat perkhidmatan Cabang Selangau. Semasa pilihanraya ia akan menjadi pusat operasi dan bilik gerakan kempen terutama DUN Kakus. Namun, oleh sebab begitu luasnya kawasan P. 214 Selangau, kita mempunyai rancangan untuk membuka satu pejabat kecil di Pekan Setapang yang akan berfungsi sebagai pusat gerakan untuk kawasan DUN Tamin.

Selangau diduduki oleh kebanyakan kaum Iban yang duduk tersebar luas di kawasan luar bandar. Telah lama mereka merindui pembangunan dan buah2 merdeka.  Yang sangat disesali ialah hingga kini, nasib mereka masih belum banyak berubah malahan justeru bertambah susah. Tanah asal pusaka daripada nenek moyang semakin dicerobohi oleh ladang milik pendatang.

Harapan PKR dan Pakatan Rakyat ialah ialah untuk merombak pucuk pimpinan sekarang yang sudah lapuk dan ketandusan idea dan hanya mengutamakan kepenting golongan elit, diri dan kroni. Kita mesti buat rombakan asas.  Kita mesti perkenalkan dasar kerajaan yang baru yang lebih telus dan bertanggungjawab. Kita perlu gubal teras pembangunan yang lebih produktif, adil dan saksama.