Thursday, September 1, 2011

MAHATHIR PENYANGAK

MAHATHIR PENYANGAK 
Malaysia telah membazirkan sekitar RM100 billion (= RM100,000 million) hasil aktiviti penggelapan wang rakyat selama 22 tahun di bawah pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad

Pada tahun  lepas Petronas telah mengaut keuntungan sebanyak RM86.8 billion dan setakat ini telah memperoleh pendapatan sebanyak RM600 billion.  Dalam suasana meningkatnya harga minyak mentah dunia...... ke manatah perginya keuntungan syarikat Petronas yang begitu banyak itu?

Bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S. Samy Vellu telah menyatakan dalam persidangan parlimen sepanjang tahun lepas, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengurusan lebuh raya di negara ini......

Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan bahawa bank pusat (BNM) telah mengalami kerugian sebanyak RM30 billion dalam pertukaran wang asing dalam tahun 1990an.  Siapatah yang telah menjadi dalang di sebalik tabir?

Syarikat Proton Holdings telah membeli 57.75% saham dalam syarikat kenderaan MV Agusta dengan harga €70 million paund-sterling.  Kemudian menjualnya dengan harga €1 (RM4.50) hanya setahun kemudian sehingga mengakibatkan Proton mengalami kerugian sebanyak €75.99
million pound-sterling (RM 348 million)?

Kutipan daripada Alan Newman, globalwatch2

No comments:

Post a Comment